DATUK Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-64 Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.
Menerusi hantaran dalam Facebook, Perdana Menteri turut menitipkan doa agar Sultan Mizan dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Dirgahayu Tuanku!,” kata Anwar.


