Dua beranak terselamat, kereta dinaiki terjunam dalam kolam

DUA beranak berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam ke dalam kolam di Bukit Garam Point, Kinabatangan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kedua-dua mangsa iaitu pemandu yang berusia 39 tahun dan anak perempuannya berusia enam tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dipercayai bergerak ke hadapan sebelum merempuh pagar dawai dan terjunam ke dalam kolam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pemandu kenderaan itu dipercayai cuba meletakkan kenderaannya secara mengundur di belakang sebuah kedai.

“Pemandu bagaimanapun tersilap menekan gear ‘D’ menyebabkan kenderaan meluncur ke hadapan dan terjunam ke dalam kolam.

“Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka dibantu keluar daripada kenderaan berkenaan oleh ahli keluarga yang berada di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img