Kandungan jelik terhadap Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan pentadbir FB HuaYan The Pureland Learning Centre

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan kes memuat naik kandungan jelik melampau berunsur 3R terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berikutan itu, MCMC telah mengambil rakaman percakapan seorang individu yang merupakan pentadbir kepada akaun Facebook HuaYan The Pureland Learning Centre pada hari ini untuk membantu siasatan.

‘’Kes disiasat di bawah Seksyen 233, Akta 588 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,’’ katanya dalam kenyataan.

MCMC juga memaklumkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau dipenjara selama tempoh dua tahun tahun kedua-dua sekali.

‘’MCMC memandang serius penyebaran kandungan jelik melampau terhadap institusi diraja kerana boleh menjejaskan keyakinan awam serta keharmonian dan ketenteraman masyarakat. Orang ramai diingatkan untuk menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab, serta bahawa sebarang kandungan jelik, hasutan atau fitnah—khususnya melibatkan institusi diraja akan  dikenakan tindakan tegas menurut undang-undang,’’ kata kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img