Penunggang motosikal tendang pintu kereta di tol LEKAS ditahan

POLIS menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan menendang pintu sebuah kereta di kaunter bayaran Tol Kajang Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS), baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, insiden berkenaan dipercayai berlaku sehari sebelum itu kira-kira jam 4 petang di laluan menghala ke selatan di kawasan Kajang.

“Polis menerima laporan daripada seorang pemandu e-hailing berusia 65 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga.

“Akibat kejadian tersebut, kenderaan mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, susulan laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di sektor swasta bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa bertimbang rasa, mematuhi undang-undang serta memandu secara berhemah demi keselamatan semua pihak.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi satu video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak agresif dengan merosakkan sebuah kenderaan di kaunter bayaran Tol Kajang LEKAS.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img