Kes bunuh Nurfisya: Polis nafi terdapat 105 kesan tikaman

Polis menegaskan, terdapat 61 kesan tikaman pada mangsa bunuh membabitkan penuntut Kolej Poly-Tech MARA, Nurfisya Zulkifly, berdasarkan siasatan setakat ini.

POLIS menafikan terdapat 106 kesan tikaman pada tubuh Nurfisya Zulkifly yang ditemukan dibunuh di Kampung Simah, Ketereh.

Sebaliknya Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata,terdapat 61 kesan tikaman pada mangsa yang merupakan pelajar Kolej Poly-Tech MARA.

Katanya, jumlah tikaman itu adalah berdasarka hasil proses bedah siasat yang dibuat sekali gus menolak dakwaan penemuan sebanyak 105 kesan tikaman pada mangsa berusia 19 tahun itu.

“Hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu kepada bahagian kanan badan.

“Ia tidak termasuk kesan calar atau luka kecil yang ada dan kita kekal dengan 61 kesan tikaman,” katanya lapor Buletin TV3.

Sebelum ini ada dakwaan yang tersebar dalam media sosial yang mengatakan terdapat 105 kesan tikaman di tubuh mangsa dan bukannya 61 seperti yang dilaporkan media rasmi.

Mayat Nurfisya ditemukan orang ramai pada jam 12.30 tengah malam di Kampung Simah, Ketereh, dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam.

Mangsa yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu maut akibat tikaman berganda di bahagian dada.

Susulan itu, dua lelaki berusia 19 tahun serta sepasang suami isteri warga emas ditahan bagi membantu siasatan dengan tempoh reman masing-masing selama tujuh dan tiga hari.

Mengulas lanjut, Mohd Azmir berkata, tiada tangkapan baru setakat ini.

“Siasatan belum lagi selesai terhadap semua suspek, setakat ini tiada tangkapan baru dibuat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img