Pemandu bas persiaran bawa pelancong India terbabit kemalangan positif dadah – Polis

PEMANDU bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan ketika membawa lapan warganegara India di Kilometer 213.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di Alor Gajah hari ini dikesan positif dadah jenis syabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bas persiaran berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Melaka sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di bahu kiri lebuh raya.

“Pemandu van berusia 55 tahun yang merupakan warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu tersebut positif dadah jenis methamphetamine (syabu),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu katanya, pemandu bas berkenaan telah ditahan dan akan dimohon untuk tahanan reman esok.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan.

“Dalam kejadian tersebut, tiga penumpang iaitu seorang lelaki dewasa berusia 52 tahun serta dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” tambah beliau.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-2543 5507 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan sebuah bas persiaran terbabas ke bahu lebuh raya sebelum terperosok ke dalam longkang dalam kemalangan di Kilometer 213.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Alor Gajah, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.18 pagi itu dipercayai berlaku apabila bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur itu dikatakan hilang kawalan.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sebuah jentera bersama 10 anggota dikerahkan ke lokasi dan tiba pada jam 10.29 pagi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img