KERAJAAN komited untuk mencari dan melaksanakan pelbagai ikhtiar baharu pada setiap minggu untuk mengurangkan beban yang harus ditanggung rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun tidak semua ikhtiar berkenaan mampu menyelesaikan semua masalah, namun ia sekurang-kurangnya meringankan sedikit tekanan ditanggung rakyat.
“InsyaAllah, dalam acara mingguan kita dan mesyuarat Jemaah Menteri esoknya, setiap hari Rabu kita akan terus meneliti dan mencari beberapa ikhtiar baharu.
“Ia demi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat,” katanya dalam sidang media khas berkaitan Krisis Bekalan Global di Putrajaya hari ini.


