Zambry, Fadhlina tidak boleh dimaafkan, perlu letak jawatan – Hassan Karim

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu meletak jawatan kerana gagal menentang keputusan Kabinet berkenaan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sepatutnya kedua-dua menteri itu mempertahankan dasar pendidikan nasional dan segala berhubungan dengannya dalam soal saluran kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Kegagalan dua menteri dari UMNO dan PKR ini yang menjaga amanah bangsa untuk mempertahankan dasar pendidikan negara dalam isu pengiktirafan peperiksaan UEC ini tidak boleh dimaafkan.

“Mereka berdua perlu meletakkan jawatan dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kerajaan bersetuju untuk membuka laluan kemasukan ke IPTA kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu.

KPT dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai sebahagian usaha memperkasa akses pendidikan tinggi negara secara lebih inklusif tanpa menjejaskan standard akademik dan kualiti sistem pendidikan tinggi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img