Peniaga burger tidak mengaku tampar, gigit bayi 10 bulan

SEORANG peniaga burger dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, atas pertuduhan mendera bayi lelakinya berusia 10 bulan dengan menampar dan menggigit mangsa awal bulan ini.

Tertuduh, Wan Faddli Abd Saad, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap bayi lelakinya itu kira-kira jam 4 pagi di sebuah rumah di Lorong Abdullah, Jalan AMJ, Semabok pada 6 Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif mencadangkan jaminan RM10,000 selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab Malek memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai peniaga burger dan berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada menetapkan 23 Jun depan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img