Bayi tujuh bulan maut, bedah siasat kesan tekanan pada leher

PUNCA kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang ditemukan tidak sedarkan diri ketika tidur dalam buaian di rumah pengasuh di Bandar Sri Sendayan, kelmarin disahkan akibat tekanan pada leher.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, perkara itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan selama lima jam di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, semalam.

“Bedah siasat mengesahkan terdapat tekanan pada leher si mati. Kita masih menunggu keputusan ujian lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengasuh wanita berusia 38 tahun sudah direman enam hari bermula hari ini hingga 25 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurutnya, pengasuh terbabit tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hanya mengambil upah menjaga kanak-kanak secara persendirian.

Sebelum ini, polis menerima laporan kejadian jam 10 malam, kelmarin selepas ibu bayi terbabit memaklumkan menerima panggilan daripada pengasuh yang mengatakan anaknya tidak sedarkan diri.

“Siasatan mendapati bayi itu dijaga pengasuh berkenaan sejak Disember 2025.

“Ketika kejadian, pengasuh dipercayai menidurkan bayi terbabit dalam buaian dengan mulutnya diberikan puting jenis silikon,” katanya.

Azahar berkata, pengasuh hanya menyedari bayi berkenaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 5.40 petang ketika mahu memandikannya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img