Cari titik persaman untuk jayakan agenda pembangunan ekonomi global – Johari

NEGARA anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu terus melibatkan diri dalam rundingan serta mencari titik persamaan bagi menjayakan agenda pembangunan ekonomi global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata langkah itu memandangkan APEC menghimpunkan 21 ekonomi dunia dengan saiz dan kekuatan ekonomi berbeza.

“ Walaupun kita ada banyak jurang dan perbezaan, kita mesti terus berunding, terus melibatkan diri dan cari titik persamaan untuk meneruskan agenda membangunkan ekonomi negara masing-masing dan juga ekonomi dunia,” katanya selepas berucap pada sesi pleno Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC (MRT) 2026 di Suzhou, China, hari ini.

Johari berkata, antara anggota APEC ialah Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai saiz ekonomi bernilai AS$31 trilion, selain China dengan AS$19 trilion, manakala Papua New Guinea sekitar AS$32 bilion.

“Satu kumpulan dalam APEC ini melibatkan  21 ekonomi yang membincangkan pelbagai isu dunia yang tidak menentu ketika ini.

“Salah satu isu yang kita bincangkan ialah bagaimana semua 21 ekonomi ini menghargai dan menghormati sistem multilateral berasaskan peraturan untuk seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata, Katanya, anggota APEC turut memainkan peranan dalam mendukung Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) supaya badan itu dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Johari turut memoertegaskan  kepentingan mengekalkan persekitaran ekonomi yang terbuka dan boleh diramal, selain memastikan kestabilan menerusi penghormatan terhadap sistem perdagangan global.

‘’Aspek pendigitalan dan teknologi turut diberi penekanan sebagai pemudah cara perdagangan serta pelaburan rentas sempadan,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img