JS-SEZ berpotensi jadi model kerjasama ekonomi serantau

ZON Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi model kerjasama ekonomi serantau menerusi pengukuhan hubungan perdagangan, pelaburan dan rantaian bekalan strategik antara Malaysia dan Singapura.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu antara fokus utama pertemuan dua hala beliau dengan Menteri Bertanggungjawab bagi Perdagangan Singapura, Grace Fu sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC (MRT) 2026 di Suzhou, China.

GAMBAR: Facebook Johari Abdul Ghani

“Pertemuan ini turut memberi tumpuan kepada kerjasama dalam APEC, fasilitasi perdagangan digital serta pelaksanaan JS-SEZ yang berpotensi menjadi model kerjasama ekonomi serantau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Johari, mereka turut membincangkan peluang memperkukuh rantaian bekalan dalam sektor strategik seperti semikonduktor, elektronik, penjagaan kesihatan, aeroangkasa dan pembuatan termaju.

Ini selain kerjasama dalam tenaga bersih, Grid Tenaga ASEAN dan perdagangan rentas sempadan.

“Malaysia komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Singapura demi manfaat perniagaan, pelabur dan rakyat kedua-dua negara,” ujarnya.

Beliau berkata, Singapura merupakan rakan ekonomi penting Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah RM402.35 bilion pada tahun 2025.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img