Malaysia, Australia perkukuh kerjasama keselamatan tenaga dan rantaian bekalan berdaya tahan

MALAYSIA dan Australia terus memperkukuh kerjasama dua hala khususnya dalam aspek keselamatan tenaga dan pembinaan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan susulan ketidaktentuan ekonomi global yang semakin mencabar.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya bersama Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia, Senator Don Farrell di Suzhou, China, hari ini.

DATUK Seri Johari Abdul Ghani ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia, Senator Don Farrell di Suzhou, China hari ini

Menurut beliau, perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan bagi menyokong kestabilan serantau serta meningkatkan daya tahan ekonomi jangka panjang kedua-dua negara.

“Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai isu keselamatan makanan, pelancongan dan usaha memperkukuh integrasi ekonomi menerusi platform serantau seperti AANZFTA, CPTPP dan APEC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Johari, dalam masa yang sama, Malaysia dan Australia turut menegaskan komitmen bersama untuk mengekalkan sistem perdagangan terbuka yang berasaskan peraturan, selain memperkukuh kerjasama strategik di peringkat serantau.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img