Hubungan dengan Bersatu: Pas bermesyuarat sehari dua lagi

PAS dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan ketetapan lanjut berhubung hubungannya dengan parti Bersatu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia susulan beberapa isu yang timbul membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan akan diadakan dalam tempoh satu atau dua hari lagi dan kemungkinan besar membabitkan kepimpinan Pas terlebih dahulu tanpa penyertaan pihak Bersatu.

“Kita akan mesyuarat dalam masa terdekat kemudian kita akan buat keputusan. Ia akan dilakukan dalam satu atau dua hari lagi, sebelum raya (Aidiladha).

“Sama ada mesyuarat dengan kita dahulu (Pas), kemudian Bersatu, kita tengok. (Mungkin) Mesyuarat dengan Pas dahulu,” katanya kepada media ketika ditemui pada Konvensyen Ulang Tahun ke-58 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di ibu negara hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Presiden Gerakan, Dominic Lau dan Setiausaha Agung Gerakan, Wong Chia Zen.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, partinya akan menilai semula kerjasama dengan Bersatu susulan beberapa tindakan parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu yang dilihat melanggar semangat setia kawan parti komponen PN.

Abdul Hadi berkata, ketetapan itu dibuat susulan siri tindakan Bersatu yang disifatkan kurang menyenangkan Pas.

Terkini katanya, Bersatu memecat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah yang juga Exco kerajaan negeri Kedah serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

Mengulas arahan Pas yang melarang ahli mengeluarkan kenyataan berkaitan perkembangan membabitkan pihak lain dengan parti itu, Takiyuddin menegaskan langkah berkenaan bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img