Lelaki dipenjara 11 bulan cuba samun di parkir hospital

SEORANG lelaki dihukum penjara 11 bulan selepas mengaku bersalah cuba menyamun seorang wanita di kawasan parkir sebuah hospital swasta di Bukit Jalil, pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihak polis mengesahkan penangkapan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang disyaki terbabit dalam kes cubaan samun berkenaan.

Menurutnya, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suspek bertindak agresif membuka pintu kenderaan mangsa berusia 26 tahun sebelum cuba merampas telefon bimbit, selain cuba melarikan beg milik mangsa.

“Selepas berlaku pergelutan dan mangsa menjerit meminta bantuan, suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal. Tiada kerugian dilaporkan.

“Bertindak di atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan JenayahBerat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan suspek pada jam 5.36 petang di kawasan Brickfields, Rabu lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau.

“Polis turut merampas sebuah motosikal, sehelai jaket Puma dan sebuah topi keledar yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

“Suspek ditahan reman selama dua hari sehingga semalam sebelum suspek kemudiannya dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur semalam mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman 11 bulan penjara terhadap suspek bermula dari tarikh tangkapan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img