Rakyat Malaysia maut dalam insiden bangunan runtuh di Filipina

KEMENTERIAN Luar mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam kejadian sebuah bangunan runtuh di Bandar Angeles, utara ibu negara Manila, Filipina kelmarin.

Wisma Putra memaklumkan, waris terdekat sudah menerima pemakluman dan Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular sewajarnya kepada keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.

“Kementerian dengan penuh dukacita mengesahkan bahawa seorang lagi warganegara Malaysia yang terjejas dalam insiden terbabit meninggal dunia.

“Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra turut memaklumkan, seorang lagi warganegara Malaysia yang terjejas dalam insiden terbabit disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila sudah memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada individu berkenaan.

“Kementerian juga menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa di Filipina atas bantuan serta kerjasama yang diberikan dalam perkara ini.

“Kementerian Luar Negeri juga komited untuk terus memelihara kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara,” maklum kenyataan itu.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img