Malaysia komited perluas hubungan strategik dengan India

MALAYSIA komited untuk terus memperluas hubungan strategik yang kukuh dengan India demi manfaat bersama, kemajuan ekonomi serantau serta masa depan yang lebih inklusif dan mampan buat rakyat kedua-dua negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menegaskan komitmen itu sewaktu menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B N Reddy yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan diplomatiknya di negara ini.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan peranan besar beliau dalam memperkukuh hubungan persahabatan serta kerjasama strategik antara Malaysia dan India sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Pertemuan ini juga membuka ruang pertukaran pandangan mengenai landskap kerjasama masa hadapan antara Malaysia dan India yang semakin berkembang seiring kedudukan kedua-dua negara sebagai rakan strategik komprehensif.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, B N Reddy bukan sahaja memainkan peranan penting dalam mengeratkan kerjasama dua hala, malah turut membina hubungan persahabatan yang penuh hormat dan kepercayaan antara kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img