Pemandu Myvi cuba lari selepas rempuh motosikal di Danga Bay

SEKUMPULAN pengguna jalan raya bertindak menghalang sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai cuba melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Danga Bay,Johor Bahru, semalam.

Kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman video dan kamera papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Facebook sejak pagi tadi.

Menerusi video berkenaan, pemandu Perodua Myvi itu didakwa memandu secara berbahaya sebelum merempuh motosikal dipercayai ditunggang seorang wanita.

Rakaman turut memaparkan beberapa pengguna jalan raya berkumpul dan menghalang kereta terbabit daripada bergerak selepas pemandunya dipercayai cuba meninggalkan lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat tular, penunggang motosikal itu dilaporkan terbaring di atas jalan akibat rempuhan berkenaan.

Pemandu kereta yang keluar daripada kenderaannya turut mendakwa dia tidak berada dalam keadaan mabuk sebelum dihampiri seorang wanita dipercayai penumpang kereta berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Polis ada terima laporan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img