Chandra Muzaffar meninggal dunia pada usia 79 tahun

AHLI sains politik dan aktivis sosial, Chandra Muzaffar meninggal dunia pada usia 79 tahun hari ini.

Perkara itu disahkan oleh bekas Ahli Parlimen Kangar Amin Ahmad.

Dilahirkan di Bedong, Kedah pada 10 Mac 1947, Chandra seorang cendekiawan yang dikenali menerusi perjuangan hak asasi manusia dan keadilan sejagat.

Beliau mengasaskan pertubuhan hak asasi manusia iaitu Aliran, dan pernah menjadi timbalan presiden Parti Keadilan Nasional, yang kini dikenali sebagai PKR.

Ketika itu, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merupakan Presiden PKN.

Chandra pernah bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU 1999 namun tewas kepada penyandang dari MCA, Tan Chai Ho, yang mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 1,224 undi.

Beliau meletakkan jawatan timbalan presiden PKN pada 2001, dan meninggalkan parti itu.

Meninggalkan kerjaya politik, Chandra memberi tumpuan kepada NGO International Movement for a Just World, yang diterajuinya sehingga akhir hayat.

Beliau turut mengulas isu sosial dan politik, dan dikenali sebagai seorang pengkritik yang lantang, khususnya terhadap PKR.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here