Penunggang motosikal warga Singapura antara dua maut dalam nahas berasingan

DUA maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di dua lokasi berasingan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Batu Pahat pagi ini.

Kemalangan pertama berlaku di Kilometer 82.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara membabitkan seorang penunggang motosikal warga Singapura.

ALLAHYARHAM Maizura Kokiman

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku jam 5 pagi apabila mangsa, Lutfi Adib Yusof, 20, dirempuh sebuah lori terbabas ketika berada di lorong kecemasan selepas motosikalnya rosak.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dilaporkan menunggang motosikal dalam perjalanan ke Port Dickson.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam satu lagi kejadian, kata Shahrulanuar Mushaddat, seorang pembonceng motosikal maut manakala suaminya parah selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah lori rosak di lorong kecemasan.

Katanya, nahas berlaku di Kilometer 118, PLUS arah utara menyebabkan mangsa, Maizura Kokiman, 41, dari Felda Gugusan Adela meninggal dunia di lokasi.

“Suaminya berusia 44 tahun pula cedera di kepala, tangan serta kaki, kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

“Siasatan mendapati, kemalangan berlaku ketika suami isteri terbabit dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju ke Cameron Highlands. Sebaik sahaja tiba di lokasi, motosikal dinaiki hilang kawalan dan melanggar kon keselamatan.

“Motosikal terbabit kemudian merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan,” katanya.

Tambah beliau, dua pemandu lori dalam kedua-dua kejadian masing-masing berusia 45 dan 27 tahun tidak cedera.

“Kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img