Polis tahan lelaki Rohingya kes bunuh rakan senegara, cederakan isteri mangsa

POLIS menahan seorang lelaki Rohingya bagi membantu siasatan kes serangan maut terhadap seorang lelaki rakan senegaranya di Taman Belibis, Simpang Ampat di Bukit Mertajam petang ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan bahawa dalam kejadian itu mangsa, seorang lelaki Rohingya berusia 31 tahun maut manakala isterinya yang juga wanita Rohingya berusia 26 tahun turut cedera.

DATUK Azizee Ismail

“Suspek lelaki Rohingya berusia 38 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi media malam ini.

Menurut Azizee,  wanita terbabit kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Tambah beliau, polis masih menyiasat motif serangan tersebut dan siasatan lanjut berhubung motif kejadian masih dijalankan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img