PGA rampas 1,400 pokok orkid seludup dari Thailand bernilai RM280,000

SEBANYAK 1,400 pokok bunga orkid dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bernilai kira-kira RM280,000 dipercayai diseludup dari Thailand dan disyaki mengandungi serangga perosak dalam satu operasi di Kampung Lalang Pepuyu, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan dilakukan kira-kira jam 4 petang ketika anggota Batalion 8 PGA menjalankan rondaan menerusi Op Taring Wawasan.

Menurutnya, pasukan operasi menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 1,400 pokok bunga orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand dan disyaki mengandungi serangga perosak.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM280,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap pemandu berusia 20 tahun itu mendapati pokok bunga berkenaan diperoleh daripada beberapa nurseri di sekitar Kampung Rahmat, Rantau Panjang.

Menurutnya, bekalan orkid tersebut dipercayai untuk dipasarkan di beberapa negeri Pantai Timur termasuk Terengganu dan Pahang.

“Pokok bunga orkid itu dipercayai dibawa masuk secara tidak sah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, semua pokok bunga yang dirampas telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img