Pegawai polis pangkat ASP ditemukan meninggal dunia di rumah

SEORANG pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam.

Mangsa berusia 45 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur utama rumahnya sebelum kejadian dilaporkan kepada polis kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Azari Miskon berkata, pihaknya menerima maklumat daripada isteri mangsa yang memaklumkan suaminya ditemui tidak sedarkan diri di dalam rumah mereka.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Merah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Sibu segera ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa ditemui di bilik tidur utama di tingkat dua sebuah rumah separuh berkembar dua tingkat di Jalan Kampung Nangka.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kecederaan luaran lain pada tubuh mangsa dan tiada tanda-tanda pergelutan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azari berkata, siasatan turut mendapati mangsa dipercayai mengalami masalah kesihatan mental sejak awal tahun ini dan pernah mendapatkan rawatan di klinik swasta serta hospital.

Menurutnya, mangsa juga mempunyai rekod menerima rawatan psikiatri dan kali terakhir berjumpa pakar di Hospital Sarikei pada 20 Mei lalu.

“Mangsa dijadualkan menghadiri temu janji susulan pada 16 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img