Warga emas hilang ditemui meninggal dunia di kebun

SEORANG warga emas yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun berhampiran Petronas By Pass, di Miri, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Sagai Anak Kunchau, 73, sebelum ini keluar ke kebun namun tidak pulang ke rumah sebelum kehilangan disedari keluarganya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima hari ini membabitkan Unit K9 serta beberapa agensi lain.

“Pasukan memulakan operasi pada jam 8.30 pagi sebelum taklimat penyelarasan diadakan bersama semua agensi terlibat.

“Pencarian dibahagikan kepada dua kumpulan dengan radius satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 12.30 tengah hari, iaitu kira-kira satu kilometer dari pos kawalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img