Kanak-kanak maut, empat cedera kemalangan dua kereta di Sik

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Charok Pelandok, Sik hari ini.

Kemalangan melibatkan Perodua Bezza dinaiki tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia dua dan sembilan tahun, dengan Proton Persona yang dinaiki dua mangsa.

Mangsa yang maut disahkan penumpang Perodua Bezza.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kemalangan itu jam 2.32 petang.

“Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas disahkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala empat yang lain cedera.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala dua lagi dalam kenderaan sama iaitu wanita berusia lingkungan 40-an dan kanak-kanak berusia dua tahun dihantar ke hospital Sik untuk rawatan lanjut,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img