Dakwaan Rafizi DUN NS bubar akibat tekanan DAP tak masuk akal, mengarut – Anthony

ANTHONY Loke hari ini menyifatkan dakwaan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Rami bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan adalah berpunca daripada tekanan DAP sebagai tidak masuk akal.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan membubarkan DUN Negeri Sembilan dicapai secara konsensus oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) negeri.

“Ini mengarut sama sekali untuk mengatakan bahawa ini adalah tekanan daripada DAP… Semua orang dalam PH Negeri Sembilan, sama ada PKR, DAP, Amanah, semuanya menyokong pembubaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Pelancaran Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Antony memberitahu, DAP  akan mempertahankan kesemua 11 kerusi DUN miliknya di Negeri Sembilan.

Mengenai Johor, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, DAP bakal meletakkan calon di 17 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, 17 kawasan itu merangkumi 10 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lepas, empat kerusi yang mereka tewas, selain menyasarkan baki tiga lagi kerusi baharu.

“Kami telah memberitahu bahawa kami akan mempertahankan semua kerusi yang kami menang pada pilihan raya lepas. Kami memenangi 10 daripada 14 kerusi yang kami tandingi. Jadi, kami akan bertanding di empat kerusi yang kami tewas itu sekali lagi.

“Kami sedang mempertimbangkan tiga kerusi tambahan. Jadi, secara keseluruhannya kami sedang mempertimbangkan untuk bertanding di 17 kerusi,” katanya

Anthony bagaimanapun memberi jaminan dinamik dan pertembungan sengit di peringkat negeri itu sama sekali tidak akan menjejaskan hubungan kerja serta fungsi pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang kini dilaporkan kekal utuh dan berjalan seperti biasa

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img