Kekalkan PRN gelanggang antara parti politik, tak wajar kaitkan institusi raja – PM

PILIHAN  Raya Negeri (PRN) Johor perlu kekal sebagai gelanggang pertandingan antara parti politik tanpa sebarang cubaan melibatkan atau mengaitkan mana-mana institusi termasuk institusi raja-raja Melayu.

Sehubungan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, setiap pihak perlu memahami batas peranan masing-masing serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah faham politik.

“Saya nak nasihatkan biar PRN ini PRN antara parti. Jangan kaitkan (dengan pihak lain).

“Tak wajar dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Ada batasannya. Kalau ada masalah atau tidak setuju, runding dengan baik dan jelaskan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian pada majlis pengumuman calon pakatan itu di Bukit Gambir, Tangkak malam ini.

Dalam ucapan itu, Anwar turut menjelaskan mengenai pertemuan beliau dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail  di Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini.

“Tadi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ke Kuala Lumpur dan saya menghadap. Kenapa? Kerana hubungan kita dengan raja-raja Melayu harus kekal baik. Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail sebut PMX ini sahabat saya. 

“Seorang Pemangku Raja anggap saya sebagai sahabat, sebab itu bila Tunku Mahkota berangkat ke Kuala lumpur dan kata boleh menghadap saya pun terima dengan baik. Ini sendiri sudah menjawab kempen-kempen politik kotor yang dimainkan segelintir pihak. Ini tidak, hendak lawan politik tak berani tetapi gunakan nama raja,” katanya.

Anwar berkata, dalam pertemuan penuh harmoni itu beliau  telah menerangkan kepada Tunku Mahkota Ismail berhubung inisiatif diambil kerajaan Persekutuan untuk membantu pembangunan di Johor, termasuklah melibatkan peruntukan yang diberi.

Sementara itu berucap pada majlis sama, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kemenangan PH di PRN Johor penting bagi memastikan kestabilan politik negara serta mengekalkan kepimpinan Anwar .

Katanya, PH akan tetap meneruskan perjuangan dan berdepan mana-mana pihak yang enggan bekerjasama atau duduk semeja dengan gabungan itu pada PRN tersebut.

“Ada pihak yang merasakan mereka lebih kuat dan tidak mahu duduk semeja dengan kita. Maka PH akan lawan kerana semangat kita lawan tetap lawan.

“Daripada 56 kerusi ini, akan ada calon daripada Amanah, DAP dan PKR. Tidak kira siapa calon, kita akan undi semua calon PH,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img