Lelaki baling bata, rosakkan kenderaan polis ditahan

SEORANG lelaki bukan warganegara berusia lingkungan 40-an ditahan selepas dipercayai merosakkan sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membaling objek dipercayai bata dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.57 malam sebelum suspek berjaya ditahan di lokasi dengan bantuan orang awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan seorang gelandangan dipercayai bertindak membaling objek ke arah kenderaan polis sehingga menyebabkan kerosakan.

Menurut beliau, lelaki terbabit turut disyaki mengalami masalah kesihatan.

“Suspek telah ditahan dan direman selama tiga hari bermula 25 Jun hingga esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan tindakan selanjutnya terhadap suspek.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img