Raja Salmah perintah Masjid Qiblatain dibuka 24 jam

Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz, telah mengeluarkan arahan diraja agar Masjid Qiblatain di Madinah dibuka 24 jam sehari, bagi membolehkan para jemaah menunaikan solat tanpa had masa.

Putera Salman bin Sultan, Emir Wilayah Madinah merangkap Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas keprihatinan berterusan mereka terhadap masjid-masjid serta komitmen dalam mempertingkatkan perkhidmatan kepada para jemaah dan pengunjung ke tanah suci.

“Arahan diraja ini mencerminkan dedikasi berterusan kerajaan dalam menjaga masjid, khususnya dua masjid suci, dan menggambarkan peranan Arab Saudi dalam berkhidmat untuk Islam dan umat Islam ,” kata Putera Salman.

Beliau mengesahkan bahawa semua pihak berkuasa berkaitan telah mula melaksanakan langkah-langkah operasi bagi memastikan masjid bersedia untuk dibuka sepanjang masa, dengan penekanan kepada keselesaan dan pengalaman kerohanian para jemaah di lokasi yang penuh sejarah dan signifikan ini.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, Sheikh Dr. Abdullatif Al Al-Sheikh, turut menyambut baik arahan tersebut, sambil menyatakan bahawa ia membuktikan komitmen kepimpinan Saudi dalam menyediakan tahap penjagaan dan keselesaan tertinggi kepada para pengunjung masjid, khususnya di masjid bersejarah yang mempunyai tempat istimewa dalam hati umat Islam.

Beliau menambah bahawa Masjid Qiblatain kini bersedia sepenuhnya untuk beroperasi sepanjang masa dan telah dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk perkhidmatan kepada para jemaah. Kementeriannya juga terus melaksanakan projek-projek utama untuk pembangunan masjid serta mengukuhkan peranan peneraju Arab Saudi dalam perkhidmatan kepada Islam dan umat Muslimin.

Masjid Qiblatain memiliki sejarah penting sebagai saksi peristiwa perubahan kiblat umat Islam, dari Baitulmaqdis ke Kaabah, ketika Rasulullah SAW menerima wahyu pada tahun 2 Hijrah. Awalnya bernama Masjid Bani Salamah, masjid ini kemudian dikenal sebagai Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) setelah Rasulullah mengubah arah solat baginda  di tengah-tengah solat  Zuhur.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img