PM Perancis letak jawatan walaupun baru sebulan bertugas

PERDANA Menteri baharu Perancis Sebastien Lecornu meletak jawatan, umum Istana Elysee hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lecornu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron dan Presiden menerima peletakan jawatan itu, menurut kenyataan Istana Elysee.

Hampir empat minggu selepas pelantikannya, Lecornu baru sahaja mengumumkan portfolio kementerian utama pada Ahad malam, namun ketua parti konservatif Republicans Bruno Retailleau, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap komposisi Kabinet baharu dan memanggil mesyuarat krisis hari ini.

 Akibatnya, timbul spekulasi mengenai kemungkinan parti konservatif menarik diri daripada gabungan dengan kem Presiden Macron yang berhaluan tengah dan tidak mempunyai majoriti di parlimen.

Lecornu pada asalnya dijadual menyampaikan kenyataan dasar kerajaan di Dewan Rendah Parlimen Perancis iaitu Perhimpunan Kebangsaan serta mengumumkan baki pelantikan anggota Kabinet pada Selasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img