Greta Thunberg dibebaskan bersama 171 peserta Global Sumud Frotilla

Aktivis Kemanusiaan, Greta Thunberg dibebaskan bersama 171 peserta Global Sumud Frotilla hari ini.

Kementerian Luar Israel menyatakan,  mereka yang akan diterbangkan ke Greece dan Slovakia itu  ialah dari Greece, Itali, Perancis, Ireland, Sweden, Poland, Jerman, Bulgaria, Lithuania, Austria, Luxembourg, Finland, Denmark, Slovakia, Switzerland, Norway, UK, Serbia dan US.

Setakat hari ini  jumlah yang dibebaskan oleh tentera Israel memintas, mengepung dan menahan mereka adalah seramai 334 orang termasuk 23 peserta Malaysia.

Kelmarin Thunberg telah memaklumkan kepada pegawai Sweden bahawa beliau sedang mengalami layanan yang kasar ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa Israel.

Dalam surat-menyurat yang dilihat oleh akhbar British, The Guardian itu dan diterbitkan pada hari Sabtu, aktivis iklim Sweden tersebut menyatakan bahawa beliau ditahan dalam sel yang “dipenuhi pepijat” dan hanya diberikan makanan serta air dalam jumlah yang tidak mencukupi.

Wartawan Itali Lorenzo Agostino mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis terhadap Thunberg apabila aktivis iklim Sweden itu dihina, dibalut dengan bendera Israel dan dipamerkan seperti trofi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img