Pelajar berusia 15 tahun maut motosikal langgar belakang kereta

SEORANG pelajar berusia 15 tahun maut, manakala dua lagi penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal dan sebuah kereta di, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusoff berkata, dalam kejadian pada jam 2.50 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan polis mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang remaja itu melanggar bahagian belakang kereta yang sedang bergerak.

“Akibat pelanggaran berkenaan, mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh dua buah motosikal lain yang datang dari arah belakang di lorong yang sama.

“Kemalangan itu menyebabkan penunggang terlibat maut di tempat kejadian, manakala dua lagi penunggang motosikal yang berusia 20 dan 22 tahun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Naazron berkata, kedua-dua mangsa yang cedera menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Serdang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

“Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu.

“Individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-3818422 bagi membantu siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here