Penunggang maut, motosikal terbakar selepas dirempuh kereta

SEORANG penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Putatan menghala ke Lokawi, Pautan awal pagi tadi, sebelum motosikal mangsa terbakar sepenuhnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Musran Jabri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.04 pagi.

Menurutnya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah motosikal terbakar 100 peratus selepas dipercayai dilanggar sebuah Perodua Viva.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan menyeluruh di sekitar lokasi bagi memastikan tiada lagi risiko bahaya atau punca kebakaran yang boleh mengancam keselamatan.

“Selepas keadaan disahkan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.48 pagi,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img