Kisah unik Boranga, 82 tahun penjaga gawang  Trevana, kelab Divisyen Tujuh Itali

Kelab Divisyen Ketujuh Itali melakukan kejutan apabila menggunakan  khidmat penjaga gol berusia 82 tahun

Pasukan divisyen ketujuh Itali itu memilih untuk mengambil risiko dengan menurunkan Pietro Boranga walaupun perlawanan profesional terakhirnya adalah pada tahun 2019.

Beliau  membuat penampilan sulungnya untuk kelab Trevana menentang Foligno, namun pasukannya tewas 10-0 dan dia dikeluarkan setelah melepaskan lima gol sebelum digantikan oleh Maurizio Rossi, 26 tahun, yang turut bergelut di posisi penjaga gol.

Bercakap mengenai prestasinya, Boranga berkata: “Saya buat dua kesilapan. Tapi saya juga buat tiga atau empat penyelamatan yang baik.”

Sorotan perlawanan menunjukkan dia masih pantas meluru keluar dari garisan gol untuk melakukan beberapa halangan.

Boranga memulakan kerjayanya pada tahun 1961 dan telah membuat lebih 100 penampilan dalam Serie A. Antara kelab yang pernah diwakilinya termasuk Fiorentina dan Parma, namun dia paling dikenali ketika bersama Cesena, di mana dia bermain secara tetap.

Beliau beraksi untuk kelab dari wilayah Emilia-Romagna itu antara tahun 1973 hingga 1977, dengan 92 penampilan dalam Serie A. Semasa bersama Parma di Serie B, beliau sempat bermain bersama Carlo Ancelotti, yang kini merupakan pengurus pasukan kebangsaan Brazil.

Ketika itu, Ancelotti baru sahaja meniti tangga permulaan kerjayanya, manakala Boranga sudah pun berusia 36 tahun.

Ancelotti kemudiannya mencapai kejayaan besar sebagai pemain dan pengurus, manakala Boranga pula menempuh perjalanan yang unik dalam kehidupannya.

Beliau pertama kali bersara daripada bola sepak pada tahun 1993 di kelab Bastardo, sebelum membuat kemunculan semula pada 2009 bersama Ammeto.

Boranga terus bermain hingga 2015 di kelab Papiano, kemudian berehat selama tiga tahun sebelum menyertai Marottese untuk satu musim.

Di luar padang, Boranga memiliki ijazah dalam bidang perubatan, dan pernah berkhidmat sebagai doktor pasukan di Bastardo sebelum membuat penampilan tunggal untuk kelab itu.

Bercakap tentang usianya, Boranga pernah membandingkan dirinya dengan Luka Modric, kini berusia 40 tahun dan bermain untuk AC Milan:

“Anda tak nampak usianya ketika dia di atas padang. Modric memiliki bakat yang tidak hilang begitu saja. Dan umur di mana seseorang dianggap ‘tua’ juga sudah meningkat. Bahkan pada usia 50, seseorang masih boleh dianggap muda… tapi dengan cara yang berbeza.”

Selain bola sepak, Boranga juga aktif dalam atletik veteran (masters athletics). Pada tahun 2012, beliau mencipta rekod dunia dalam acara lompat kijang dengan catatan 10.75 meter dalam kategori umur M70.

Beliau juga memegang rekod M65 dalam acara lompat jauh, dengan lompatan sejauh 5.47 meter. Dan kisahnya belum berakhir  bulan ini, beliau akan bertanding dalam Kejohanan Masters Eropah di Madeira, dalam acara lompat tinggi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img