Angka kematian Pondok Pesantren Al Khoziny  runtuh meningkat 61 orang

ANGKA  kematian akibat runtuhan bangunan di Sekolah Pondok Al Khoziny, Sidoarjo, Jawa Timur meningkat kepada 61 orang.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tujuh bahagian tubuh mangsa telah dihantar kepada pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI).

Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan berkata dalam sidang media pada Selasa bahawa rekod kehadiran menunjukkan dua pelajar masih belum ditemukan dan dipercayai mungkin antara mangsa yang telah dijumpai.

“Kawasan berkenaan kini telah diratakan dan kemungkinan tiada lagi mayat yang berada di sana,” katanya lapor Bernama.

Budi menjelaskan bahawa daripada 167 orang yang terlibat dalam insiden itu, 104 berjaya diselamatkan.

Daripada jumlah itu, empat mangsa telah menerima rawatan, 99 masih dirawat di hospital, seorang tidak memerlukan rawatan, manakala dua pelajar masih belum ditemukan.

Bangunan empat tingkat itu runtuh pada petang Isnin lalu ketika pekerja sedang menuang konkrit di tingkat atas, mengakibatkan pelajar dan pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa menyatakan kegagalan struktur bangunan dipercayai menjadi punca utama kejadian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img