Polis siasat pikap papar pelekat tulisan Hebrew, ‘Malaysia di tangan kami’

POLIS sudah membuka kertas siasatan susulan tular sebuah pikap jenis Isuzu memaparkan pelekat bertulisan bahasa rasmi Israel, Hebrew yang membawa maksud “Malaysia adalah rumah kita/ Malaysia di tangan kami” sejak semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata siasatan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan pada jam 3.32 petang semalam daripada seorang lelaki yang juga pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat video berdurasi 14 saat yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Isuzu dipasang pelekat bertulisan Hebrew yang membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kita/ Malaysia di tangan kami’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kenderaan terbabit didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

“Susulan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam,” katanya.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penyebaran video itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara telus.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img