Ronaldo cipta sejarah jadi pemain bola sepak pertama jadi bilionair

Cristino Ronaldo mencipta sejarah apabila menjadi pemain bola sepak pertama yang bergelar bilionair

Legenda Portugal berusia 40 tahun itu telah menyertai “Three Comma Club” selepas menandatangani perjanjian baharu yang menakjubkan di Arab Saudi.

Ronaldo menyertai Al-Nassr pada tahun 2023 selepas meninggalkan Manchester United dan menandatangani kontrak rekod bernilai £173 juta (RM978.04) setahun.

Pemain veteran itu kemudiannya dikaitkan dengan perpindahan selepas memasuki fasa akhir kontraknya. Namun, Ronaldo akhirnya menandatangani kontrak baharu bersama kelab Timur Tengah itu dengan gaji yang lebih tinggi.

Menurut Bloomberg, CR7 kini dijangka meraih £492 juta (RM2.781 bilion) dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ini telah meningkatkan nilai bersih kekayaannya kepada £1.045 bilion (RM5.09 bilion), menjadikannya pemain bola sepak pertama dalam sejarah yang bergelar bilionair.

Dia kini mengatasi pencabarnya Lionel Messi, yang mempunyai nilai bersih sebanyak £620 juta (RM3505.11 bilion).

Namun Bloomberg melaporkan bahawa pemenang Piala Dunia dari Argentina itu mungkin akan mengecilkan jurang tersebut, kerana beliau berpotensi memperoleh pegangan besar dalam kelab MLS, Inter Miami, selepas bersara.

Kekayaan Ronaldo turut disokong oleh kerjaya cemerlang dengan kontrak lumayan bersama kelab seperti Manchester United, Real Madrid dan Juventus. Namun di luar padang, ikon bola sepak ini juga mempunyai pelbagai perjanjian komersial yang menguntungkan.

Ronaldo pernah bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Nike, Armani, Herbalife dan Tag Heuer sepanjang kerjayanya. Beliau juga mempunyai perjanjian dengan Clear Shampoo, DAZN, LiveScore dan Panini, dan pernah bekerjasama dengan KFC sebelum ini.

Ronaldo terus memajukan jenama global miliknya, CR7, yang menjual produk seperti wangian, pakaian dan pakaian dalam.

Ini menjadikan jurang antara Ronaldo dan pesaing-pesaingnya semakin besar, dengan Messi kini ketinggalan sebanyak £400 juta dari segi nilai kekayaan dalam kalangan pemain yang masih aktif.

Namun begitu, legenda Barcelona itu masih selesa di tempat kedua, manakala pesaing terdekatnya, Neymar, berada di tempat ketiga dengan nilai bersih sebanyak £280 juta. Jurang kekayaan terus melebar, dengan pemain di tempat keempat, Kylian Mbappe, bernilai £186 juta.

Senarai lima teratas disempurnakan oleh Karim Benzema, yang mempunyai kekayaan sebanyak £150 juta. Pemain seperti Paul Pogba, Son Heung-Min, Antoine Griezmann, Mohamed Salah dan Robert Lewandowski juga tersenarai dalam kelompok 10 teratas.

Manakala bintang seperti Erling Haaland dan Riyad Mahrez turut tidak ketinggalan dan berada tidak jauh di belakang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img