Polis siasat video tular lelaki dipaksa masuk kereta Proton Waja

RAKAMAN video tular memaparkan seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh sekumpulan lelaki dewasa di Taman Impian Emas, Johor Bharu, kelmarin, mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Video berdurasi 35 saat yang dimuat naik di Facebook itu memaparkan seorang lelaki dipaksa memasuki sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu.

Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian orang ramai yang menegur perbuatan sekumpulan lelaki terbabit, namun teguran itu tidak diendahkan.

Bagaimanapun, orang ramai tidak menghampiri kumpulan lelaki berkenaan kerana bimbang keselamatan mereka terancam.

Rakaman itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang khuatir kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan kes penculikan.

Bagaimanapun, video berkenaan tidak memaparkan sama ada lelaki itu dilarikan atau sebaliknya.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara mengesahkan kejadian masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img