Pelaburan KWAP dalam eFishery satu penipuan terancang – PM

PELABURAN hampir RM200 juta oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery diperdaya menerusi satu penipuan terancang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu membabitkan penipuan terancang serta manipulasi laporan kewangan oleh pihak pengurusan syarikat.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Anwar berkata, keputusan pelaburan KWAP dibuat berdasarkan proses penilaian dan tadbir urus.

“Pelaburan eFishery ini merupakan satu penipuan terancang (fraud) dan terdapat manipulasi laporan kewangan oleh pihak pengurusan eFishery,” katanya dalam jawapan itu hari ini.

Menurut Perdana Menteri, ia termasuk pengesahan penyata kewangan oleh juruaudit antarabangsa.

Katanya, KWAP dan konsortium pelabur termasuk Temasek dan SoftBank turut melaksanakan usaha wajar bebas bagi memastikan semua maklumat adalah lengkap dan sahih.

Beliau berkata, konsortium pelabur termasuk KWAP telah mengambil tindakan undang-undang serta pemulihan dana.

Pada 19 April lalu, pengasas eFishery, Gibran Huzaifah dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh mahkamah Indonesia atas kesalahan penggelapan dan pengubahan wang haram.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img