Lelaki warga asing ditahan kes serang pelajar IPT dengan senjata tajam

POLIS menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki menyerang seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berhampiran hentian bas di Aeon Mall Danau Kota, Setapak semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 20 tahun mendakwa diserang menggunakan senjata besi ketika menunggu bas di hentian bas Jalan Danau Saujana, kira-kira jam 11.30 pagi.

Beliau berkata, suspek berusia 39 tahun berjaya ditahan di tepi jalan di Taman Setapak kira-kira jam 10.54 pagi tadi.

“Polis turut merampas besi pemutar jek kereta daripada suspek. Permohonan reman akan dilakukan ke atas suspek esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu video menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam mengacukan senjata tajam sebelum menyerang seorang lagi lelaki yang berpakaian putih.

Lelaki itu dilihat berulang kali menerpa ke arah mangsa dengan senjata tersebut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here