Lelaki dipercayai curi komputer riba di pusat beli-belah diburu

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang tular dalam rakaman video terlibat mencuri beg mengandungi komputer riba, wang tunai dan barangan peribadi di sebuah pusat beli-belah di Setapak, Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada Khamis lalu.

Menurutnya, pengadu meninggalkan beg itu atas kerusi sebuah premis tempatnya bekerja yang mana hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang individu tidak dikenali mengambilnya dan beredar.

“Di dalam beg itu mengandungi barangan peribadi, wang tunai dan sebuah laptop. Jumlah kerugian adalah sebanyak kerugian RM3,000.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun dan denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Annas, sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau penolong pegawai penyiasat, Sarjan Mat Rosli talian 010-972 2616.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img