
BERSATU mengesahkan akan meletakkan 24 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini dengan menyaksikan pertembungan dengan dua lagi parti komponen Perikatan Nasional (PN) Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) di lapan kerusi.
Calon Bersatu akan bertembung dengan calon Pas di Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang yang mana tiga daripadanya Pas adalah penyandang.Tiga kerusi tersebut ialah Serting, Paroi dan Bagan Pinang.
Dalam pengumuman calon oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Nilai, Negeri Sembilan hari ini, empat kerusi yang menyaksikan Bersatu bertarung dengan Wawasan yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.
Bagaimanapun, Bersatu tidak meletakkan calon menentang Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Dewan Himpunan Pendukung PAS yang masing-masing meletakkan calon di Bukit Kepayang, Lukut dan Lobak.
Dalam pengumuman sama, beberapa pemimpin utama Bersatu turut disenaraikan sebagai calon termasuk Ketua Penerangan parti, Tun Faisal Ismail Aziz yang akan bertanding di Sikamat, R. Sri Sanjeevan di Jeram Padang, serta Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Baker di Labu.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Megat D. Shahriman Zaharudin akan bertanding di Seri Menanti.
SENARAI PENUH CALON BERSATU
- N2 Pertang – Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus
- N3 Sungai Lui – Mazrulhisham Abd Mansor
- N4 Klawang – Muhammad Adib Musa
- N5 Serting – Muhammad Noraffendy Mohd Salleh
- N6 Palong – Rebin Birham
- N7 Jeram Padang – R Sri Sanjeevan
- N9 Lenggeng – Zool Amali Hussin
- N10 Nilai – V Saravan Kumar
- N12 Temiang – Fazly Hamid
- N13 Sikamat – Tun Faisal Ismail Aziz
- N14 Ampangan – Noor’azah Harun
- N15 Juasseh – Mohd Zuhaimi Md Yusof
- N16 Seri Menanti – Megat D Shahriman Zaharudin
- N17 Senaling – Mohd Izaffi Istear Khan
- N20 Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker
- N22 Rahang – Tang Jay Son
- N23 Mambau – N Sarawanan
- N24 Seremban Jaya – R Mahendran
- N25 Paroi – Mohd Nazree Mohd Yunus
- N28 Kota – Akmal Noradzmi Abd Rahim
- N31 Bagan Pinang – Sheikh Junaidy Jamaludin
- N32 Linggi – Zamri Md Said
- N33 Sri Tanjung – M Leevineshwaraan
- N34 Gemas – Fadil Daud






