Bersatu tanding 24 kerusi, bertembung Pas dan Wawasan di 8 kerusi

BERSATU mengesahkan akan meletakkan 24 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini dengan menyaksikan pertembungan dengan dua lagi parti komponen Perikatan Nasional (PN)  Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) di lapan kerusi.

Calon Bersatu akan bertembung dengan calon Pas di  Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang yang mana tiga daripadanya Pas adalah penyandang.Tiga kerusi tersebut ialah Serting, Paroi dan Bagan Pinang.

Dalam pengumuman calon oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Nilai, Negeri Sembilan hari ini, empat kerusi yang menyaksikan Bersatu bertarung dengan Wawasan yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.

Bagaimanapun, Bersatu tidak meletakkan calon menentang Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Dewan Himpunan Pendukung PAS yang masing-masing meletakkan calon di Bukit Kepayang, Lukut dan Lobak.

Dalam pengumuman sama, beberapa pemimpin utama Bersatu turut disenaraikan sebagai calon termasuk Ketua Penerangan parti, Tun Faisal Ismail Aziz yang akan bertanding di Sikamat,  R. Sri Sanjeevan di Jeram Padang, serta Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Baker di Labu.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Megat D. Shahriman Zaharudin akan  bertanding di Seri Menanti.

SENARAI PENUH CALON BERSATU

  1.  N2 Pertang – Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus
  2.  N3 Sungai Lui – Mazrulhisham Abd Mansor
  3.  N4 Klawang – Muhammad Adib Musa
  4.  N5 Serting – Muhammad Noraffendy Mohd Salleh
  5.  N6 Palong – Rebin Birham
  6.  N7 Jeram Padang – R Sri Sanjeevan
  7.  N9 Lenggeng – Zool Amali Hussin
  8.  N10 Nilai – V Saravan Kumar
  9.  N12 Temiang – Fazly Hamid
  10.  N13 Sikamat – Tun Faisal Ismail Aziz
  11.  N14 Ampangan – Noor’azah Harun
  12.  N15 Juasseh – Mohd Zuhaimi Md Yusof
  13.  N16 Seri Menanti – Megat D Shahriman Zaharudin
  14.  N17 Senaling – Mohd Izaffi Istear Khan
  15.  N20 Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker
  16.  N22 Rahang – Tang Jay Son
  17.  N23 Mambau – N Sarawanan
  18.  N24 Seremban Jaya – R Mahendran
  19.  N25 Paroi – Mohd Nazree Mohd Yunus
  20.  N28 Kota – Akmal Noradzmi Abd Rahim
  21.  N31 Bagan Pinang – Sheikh Junaidy Jamaludin
  22.  N32 Linggi – Zamri Md Said
  23.  N33 Sri Tanjung – M Leevineshwaraan
  24.  N34 Gemas – Fadil Daud


IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img