Kerajaan peluas SKDS kepada peniaga, syarikat kecil, nikmati kuota diesel 300 liter sebulan

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peluasan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi membolehkan peniaga dan syarikat kecil berdaftar sebagai milikan tunggal menikmati kemudahan kad fleet dengan kuota 300 liter diesel bersubsidi sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian mengenal pasti terdapat peniaga kecil yang terkesan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel kerana tidak memenuhi syarat asal skim berkenaan.

Beliau berkata, ketika SKDS dilaksanakan pada 1 Julai lalu, permohonan kad fleet hanya terhad kepada kenderaan yang didaftarkan atas nama individu serta kenderaan perniagaan atau syarikat pengangkutan barangan di bawah kelas kegunaan pengangkutan barangan pengguna.

“Bagaimanapun, terdapat kontraktor dan peniaga kecil di Sabah yang menggunakan kenderaan diesel bagi menjalankan perniagaan, kenderaan itu didaftarkan atas nama syarikat dan bukannya individu.

“Ia menyebabkan mereka tidak layak di bawah kategori asal SKDS walaupun menggunakan diesel untuk tujuan perniagaan,” katanya selepas melancarkan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Sekalong, di Menumbok, hari ini, lapor Buletin TV3

Armizan berkata, KPDN kemudian membawa isu berkenaan kepada Jemaah Menteri berdasarkan data sistem MySikap kendalian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata,  Kabinet selepas itu meluluskan peluasan skim berkenaan bagi membolehkan syarikat kecil berdaftar sebagai milikan tunggal menerima kuota 300 liter diesel bersubsidi sebulan menerusi kad fleet walaupun kenderaan didaftarkan atas nama syarikat.

“Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia menambah baik mekanisme pelaksanaan asalkan kita mempunyai data yang tepat bagi memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak,” katanya.

Beliau menegaskan, langkah itu juga menunjukkan komitmen kerajaan memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel tidak membebankan peniaga kecil yang bergantung kepada kenderaan diesel untuk operasi harian.

Tambahnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memantau pelaksanaan skim berkenaan serta mengemukakan cadangan penambahbaikan dari semasa ke semasa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img