Pas yang didakwa toksik oleh Muhyiddin bantu beliau jadi PM – Hamzah

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan mengenang kembali jasa Pas yang pernah mengangkatnya sebagai Perdana Menteri susulan tohmahan ‘toksik’ terhadap parti itu yang kini menerajui Perikatan Nasional (PN).

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tidak wajar mana-mana pihak menuduh sesuatu parti sedemikian rupa tanpa mengambil kira sumbangan dan peranan Pas dalam perjalanan politik gabungan tersebut.

“Macam mana dia boleh kata toksik? Tanpa Pas, Muhyiddin tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Tanpa UMNO juga, Muhyiddin tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

“Maka, janganlah menuduh orang toksik. Kita kena ingat sejarah bagaimana orang luar atau parti lain membantu kita sehingga kita boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pertemuan bersama calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dan Ampangan di Seremban hari ini, lapor FMT.

Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu turut mengingatkan Muhyiddin bahawa PN bukan hak mutlak Bersatu.

Beliau berkata, kerjasama antara parti dalam PN perlu dilihat dari sudut usaha membina kekuatan politik, termasuk di peringkat negeri, bukannya melalui pertelingkahan mahu pun tuduhan.

Muhyiddin sebelum ini mendakwa PN kini sudah menjadi toksik dan terpesong daripada perjuangan di bawah pimpinan Pas.

Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa Pas membuat tuduhan tidak benar berserta fitnah terhadap kepimpinan Bersatu sebagai usaha meminggirkan parti diterajuinya.

Muhyiddin mengambil contoh kemelut politik di Perlis dan berkata ia berpunca daripada kesilapan pemimpin Pas sendiri. Peristiwa di negeri itu menyaksikan jawatan Menteri Besar beralih kepada Bersatu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img