Manifesto PH : Apa kata orang nogori tentang Skim Sejahtera Rakyat?

MANIFESTO Pakatan Harapan (PH) memperkasakan Skim Sejahtera Rakyat menerusi pemberian bantuan tunai secara one-off disambut baik orang ramai yang berpendapat inisiatif itu mampu membantu meringankan kos sara hidup, khususnya golongan warga emas, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.

Rata-rata mereka berharap pelaksanaan skim itu dapat diperluaskan dengan mengambil kira keadaan semasa rakyat termasuk menurunkan had umur kelayakan bantuan warga emas.

Bagaimana pandangan mengenai cadangan Skim Sejahtera Rakyat?

Syed Mubarak Syed Mahsor.

Penduduk, Syed Mubarak Syed Mahsor, 83: Saya rasa ini antara cadangan yang paling baik kerana manifestonya menyentuh semua lapisan masyarakat. Ada bantuan untuk orang tua, orang muda dan pelajar. Semua golongan diberi perhatian. Bagi saya, kalau perkara yang baik seperti ini dapat diteruskan, ia akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.

Perlukah ada penambahbaikan terhadap skim ini?

Yusoff Ismail.

Peniaga, Yusoff Ismail, 60: Saya memang bersetuju dengan Skim Sejahtera Rakyat, cuma kalau boleh had umur warga emas diturunkan kepada 60 tahun. Ramai yang sudah mula sakit apabila mencecah umur itu dan memerlukan bantuan. Jangan tunggu sehingga 65 tahun baru layak menerima bantuan. Selain itu, bantuan berkaitan kesihatan juga wajar diperluaskan kerana semakin ramai warga emas memerlukan rawatan dan ubat-ubatan.

Sebagai ibu tunggal dan warga emas, bagaimana pandangan mengenai bantuan yang dicadangkan?

Razilah Yusof.

Peniaga, Razilah Yusof, 70: Saya bersyukur dan berterima kasih jika bantuan seperti ini diteruskan. Bukan sahaja untuk warga emas, malah pelajar, pesakit dan ibu tunggal juga akan menerima manfaat. Sebagai ibu tunggal, bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kehidupan harian saya.

Bagaimana bantuan ini boleh membantu warga emas?

Yuswir Yunus.

Tukang jahit, Yuswir Yunus, 69: Bagi saya, bantuan seperti ini memang diperlukan terutama untuk warga emas. Apabila umur meningkat, kos rawatan dan ubat-ubatan juga semakin tinggi. Jika kerajaan dapat meneruskan bantuan seperti ini, ia pasti dapat meringankan beban golongan yang benar-benar memerlukannya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img