Aminuddin bidas tindakan BN berkait dakwaan guna kemudahan kerajaan

DATUK Seri Aminuddin Harun hari ini membidas tindakan jentera Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan kemudahan kerajaan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pada penggal lalu BN mengkritik perkara itu (menggunakan jentera kenrajaan) ketika menjadi pembangkang namun melakukan perkara yang sama ketika menjadi kerajaan.

“Kita nampak mereka menggunakan kemudahan dengan menggunakan Jabatan Kemajuan Orang Asli dan banyak lagi yang mereka gunakan. Saya yakin bahawa ini tidak sesuai dan kita harus menghormati demokrasi.

“Sampai bila rakyat harus melihat perkara ini menggunakan jentera kerajaan. Ketika menjadi pembangkang dulu mereka tegur dan hari ini mereka sebahagian daripada kerajaan mereka gunakan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di Tanjung Agas, Linggi hari ini, lapor FMT.

Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, semua pihak perlu menghormati proses demokrasi dengan memastikan kempen dijalankan secara adil tanpa menggunakan kemudahan atau jentera kerajaan bagi kepentingan politik.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan BN menyalahgunakan aset kerajaan sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan, sebaliknya mendakwa pihak lain melakukan perkara itu.

Mengulas dakwaan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) semakin kukuh dan mampu membentuk kerajaan, Aminuddin mendakwa, ada isu dalaman antara dua gabungan itu.

“Kita juga nampak bahawa mereka yakin persamaan mereka berdua tetapi isu dalaman di antara mereka harus diselesaikan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img