Gagal bayar ikat jamin RM5,000, operator kilang dihantar ke Pusat Koreksional Muar

SEORANG operator kilang yang tular memandu kereta secara berbahaya sehingga terbabit dalam kemalangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

Muhammad Amirul Mohd Ramlan, 24, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000, namun dia gagal membayar jumlah berkenaan sebelum dihantar ke Pusat Koreksional Muar untuk tahanan sementara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu dengan cara yang berbahaya kepada orang awam di Jalan Sri Bengkal-Parit Yaani, Batu Pahat kira-kira jam 9.30 malam pada 8 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 jika sabit kesalahan, selain mahkamah boleh memerintahkan sabitan itu direkodkan pada lesen memandu tertuduh.

Berdasarkan laporan, tertuduh yang memandu sebuah Perodua Myvi dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), namun kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku menghisap vape ketika memandu dan ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif bahan terlarang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazleen Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img