Bekas CEO TH tiba di Mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman

SEORANG bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) tiba di Mahkamah Putrajaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

Individu berusia lingkungan 60-an yang memakai pakaian lokap warna jingga dan bergari itu, tiba pada jam 9.38 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Media semalam melaporkan beliau dipercayai menjadi antara individu terbaharu dalam radar siasatan SPRM bagi membantu siasatan berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH.

Sumber sebelum ini memaklumkan, individu berkenaan juga adalah ahli korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka di negara ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here