Remaja lelaki hilang sejak Rabu ditemukan selamat

SEORANG remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tasik Permai di Ampang Jaya sejak Rabu lalu ditemukan selamat hari ini.

Yuen Cheng Yang, 14, dilaporkan sudah pulang ke rumah keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kepulangan remaja itu pada jam 2 pagi ini.

Katanya, remaja terbabit disedari sudah pulang ke kediamannya oleh bapanya.

“Hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan Yuen Cheng Yang selepas bapanya membuat laporan polis pada jam 1.45 petang semalam.

Remaja itu dilaporkan keluar dari rumah pada 20 Ogos lalu namun tidak pulang sehingga laporan polis dibuat keluarganya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here